Islamic Widget

Thursday, September 13, 2012

RASA KOSONG, SEDIH TETIBE

     Salam, semoga hari korang sentiasa ceria2. Pernah tak korang rasa 1 perasaan yang susah nak di'explain'kan. Kadang2 saya selalu rasa macam ni. Tak tahu nak wat camne. Rasa sedih + loser + rendah diri = semua benda2 yg tak best je. Padahal tak de spe2 kacau, kutuk, hina. Rasa cam nak menangis je walaupun x de sebab. Pikir yang bukan2. Sampai satu tahap saya ingat dah nak sakit mental ke hapa aku ni. Selalunya mesti duk menung je + terperap kat bilik. Bila jadi cam ni apa yang perlu kita buat ye?


     First benda yang saya wat untuk hilangkan rasa ni ialah ngan solat. Sebab kadang2 saya rasa penyebab rasa ni ialah kurang ingat kat pencipta (Allah) kita. Yela hari2 sibuk je, solat pun yang wajib je. Solat sunat jarang nak buat. Tu la spe suruh kan...Lepas tu baca Quran + sibukkan diri ngan aktiviti harian. Tapi selalunya rasa tu tak jugak hilang. Yang tak bestnya saya takut la orang sekeliling ter'effect' sekali. Saya takut diorang ingat saya ada masalah ngan diorang sebab saya selalu diam kalau rasa cam ni terjadi. Tapi setakat ni tak de la terjadi apa2 masalah ngan kawan2.
     Banyak sebenarnya cara yang saya dah try buat, tapi still tak jadi apa2 pun. Walaupun saya tak selesa ngan perasaan ni, saya still bersyukur sebab mungkin perasaan ni dapat menyedarkan diri kita. Saya lebih menghormati orang + pikir perasaan orang + ingat kat Allah + tambah amal ibadat + ingat mati + tak rasa diri bagus + sayang mak ayah lebih + lebih memahami = sedar diri tu bukan spe2 kat dunia pinjaman ni. cuma rasa tak selesa je yang menganggu hari2 saya. Apapun ni mungkin salah satu cara Allah nak sedarkan diri saya. Harap dapat improve diri jadi muslimah yang berbakti, berjuang untuk agama. Doakan saya :)


Tasik Biru, Bau Sarawak : tempat tenangkan fikiran :)


ps: suka melihat kebesaran Allah dengan menghayati alam sekitar ciptaannya bila rasa tak tenang. Terima Kasih by Lovingborn

No comments:

Post a Comment

copyright 2012 reserved to Blog Anas Nanas Ceretera Pemikir